Lori hempap pemandu sendiri hingga maut

HULU SELANGOR – Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas dihempap lori dipandunya dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan berhampiran Antara Gapi, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa memandu lori 10 tan yang membawa muatan tanah bagi tujuan penambakan kawasan pembinaan.

\”Selepas selesai mengeluarkan semua muatan, lori terbabit tiba-tiba condong dan hampir terbalik ke sebelah kanan. Mangsa sempat keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri namun gagal dan dihempap,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori sejak dua tahun lalu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:  Cuma utamakan ‘common sense’, Mimi Lana tak letak syarat kerjaya lepas kahwin
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...