Hafiz Suip sah ada batu karang dalam buah pinggang

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Hafiz Suip berdepan ujian kesihatan apabila disahkan menghidap batu karang dalam buah pinggang.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip menerusi satu hantaran di Instagram miliknya hari ini.

“Alhamdulillah. Dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang.

\”Sakit atau sihat milik Allah,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu turut memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan perubatan termasuk menerima suntikan di bahagian lengan.

Menerusi satu lagi perkongsian, Hafiz turut menyertakan petikan doa dalam bahasa Arab, hasbunallah wa ni’mal wakil, yang bermaksud: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami”.

Namun begitu, pemenang trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak empat kali itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tahap kesihatan dan rawatan susulan yang bakal dijalaninya.

Hafiz sebelum ini dikenali menerusi lagu-lagu popular seperti Bahagiamu Deritaku, Awan Nano dan Kisah Cinta Kita.

BACA JUGA:  Hakim Besar Malaya galas tugas sementara Ketua Hakim Negara
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...