Kenaikan harga minyak tidak jejas subsidi RON95 – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan harga minyak global susulan konflik Israel-Iran tidak akan menjejaskan subsidi RON95 yang dinikmati majoriti rakyat Malaysia.

Menurut Anwar, subsidi bahan api itu masih akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada 85 hingga 90 peratus rakyat, sekali gus menolak dakwaan kononnya kerajaan akan memotong subsidi sedia ada.

“Banyak kempen negatif tentang RON95. Banyak kali kita (kerajaan) sudah jelaskan bahawa tiada isu peningkatan harga RON95 yang akan mempengaruhi subsidi. Apa yang dibawa pembangkang hanyalah gimik terdesak untuk menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Persidangan Energy Asia edisi kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.

Anwar turut mengulas mengenai cadangan melaksanakan subsidi bersasar, menyatakan bahawa pelaksanaannya akan dilakukan pada masa yang sesuai, demi memastikan bantuan kerajaan lebih efektif dan memberi kesan menyeluruh kepada pembangunan negara.

“Subsidi bersasar penting untuk pastikan negara mempunyai sumber mencukupi dalam membantu golongan susah, meningkatkan mutu pendidikan dan memantapkan perkhidmatan awam seperti kesihatan,” jelas beliau lagi.

BACA JUGA:  Kerajaan umum penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Jangan sekadar statistik, pendidikan perlu ada hasil – Zambry

KUALA LUMPUR - Kongres Pendidikan Bumiputera tampil dengan pendekatan...

Agong, Raja Permaisuri seru kebajikan pekerja terus diperkasa

KUALA LUMPUR - Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah...

Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...

Peminat sejak 2003, lebih 500 peminat teruja dapat jumpa Mesut Ozil dekat Penang

GEORGE TOWN - Lebih 500 peminat bola sepak tidak...

Pengorbanan ulang-alik 700km demi keluarga setiap minggu bertukar tragedi 

KUALA LUMPUR – Rutin seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia...