Sayu lihat jasad dalam pelukan – anggota Bomba

ALOR SETAR – “Saya juga ada anak, memang sayu bila tengok keadaan jasad anak-anak kecil termasuk bayi dalam Proton Iswara yang terbabas ke Sungai Korok,” demikian luahan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohammad Hasri Haslan, 31, yang terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat enam beranak semalam.

Menurutnya, tragedi yang menimpa pasangan suami isteri serta empat anak mereka itu adalah antara operasi paling menyayat hati yang pernah dialaminya sepanjang bertugas sebagai anggota penyelamat.

“Saya sangat sedih dan tersentuh hati ketika melihat jasad dikeluarkan satu demi satu dari kereta dan dibawa ke tebing. Jasad pertama yang dikeluarkan ialah kanak-kanak perempuan, kemudian bayi lelaki, diikuti kanak-kanak lelaki dan akhirnya ibu bapa mereka,” katanya.

Tambah beliau, walaupun dihimpit rasa hiba, tanggungjawab sebagai penyelamat tetap perlu dilaksanakan dengan penuh profesionalisme.

Terdahulu MYBERITA melaporkan, misteri kehilangan pasangan Mohamad Azim Izat Ishak, 32; Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31; dan empat anak mereka – Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; serta Tuah Haydar, 6 bulan ,akhirnya terungkai apabila mereka ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok.

Lebih memilukan, semua mangsa ditemukan dalam keadaan saling berpelukan di tempat duduk belakang, dipercayai dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan diri.

Ketika kejadian, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah adik Mohamad Azim di Taman Sri Aman, di sini.

BACA JUGA:  Warga emas dikhuatiri lemas terjun sungai di Muar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...