Agong ‘brisk walk’ santai bersama warga Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyertai program ‘brisk walk’ santai sejauh 2.5 kilometer bersama kira-kira 200 warga Istana Negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, program tersebut diadakan di sekitar kawasan dalam Istana Negara sebagai usaha memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara Seri Paduka Baginda dengan para pegawai serta kakitangan istana.

Aktiviti berkenaan merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (Keksin), dan turut disertai oleh pasukan keselamatan serta petugas pengurusan fasiliti istana.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Tan Sri Azmi Rohani; Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Pengerusi Keksin, Zulkifly Yunus serta beberapa pegawai kanan Istana Negara yang lain.

Program ini dilihat bukan sahaja menggalakkan budaya sihat dalam kalangan warga istana, malah memperlihatkan keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam menjalin hubungan mesra dengan warga kerja Istana Negara.

BACA JUGA:  Polis buru dua suspek lepaskan lima das tembak di hadapan sekolah
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...