Aisha Retno lawan trauma, bakal muncul ‘showcase’ September ini

KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno mengakui masih dihantui trauma berikutan insiden pembatalan konsert sulungnya tahun lalu, namun tetap bersetuju untuk mementaskan sebuah showcase pada September ini.

Aisha atau nama sebenar, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata beliau mengambil masa lama sebelum menerima tawaran daripada syarikat penganjur LOL Asia untuk menjayakan persembahan eksklusif bertajuk The AISHA Experience yang dijadual berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya pada 20 September depan.

“Ketika menerima tawaran daripada LOL Asia, saya ragu-ragu sama ada saya mampu secara fizikal dan mental. Trauma itu masih ada, setiap kali orang tanya soal konsert, saya terus teringat dan jadi takut.

“Tetapi saya percaya pada pasukan saya dan LOL Asia, jadi akhirnya saya setuju juga, walaupun keputusan itu tidak mudah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Rehab serta pengumuman rasmi showcase berkenaan di ibu kota, hari ini.

Menurut Aisha, antara sumber kekuatan yang mendorongnya untuk terus mara dalam dunia muzik adalah sokongan padu peminat, keluarga serta rakan-rakan industri.

“Saya banyak terima sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan juga media. Dari situ saya sedar ramai sebenarnya yang percaya dan menyokong saya.

“Memang saya terkesan dengan kecaman netizen, tetapi sampai bila saya mahu larut dalam perkara itu? Jadi, saya pilih untuk teruskan perjuangan ini kerana peminat sentiasa bersama saya lebih lima tahun,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai persiapan showcase tersebut, Aisha berkata beliau enggan tampil dengan konsert berskala besar kerana mahu kekal realistik dengan keupayaannya ketika ini.

“Saya hanya mahu showcase kecil-kecilan dahulu, sebab saya pun tak pernah pasang niat untuk buat konsert besar. Tapi bila Allah beri peluang, dan kebetulan saya nak lancarkan album, jadi kami ambil kesempatan ini untuk buat satu persembahan yang sederhana tetapi bermakna,” ujarnya.

Terdahulu, nama Aisha menjadi perhatian selepas Konsert Malam Sutera Aisha Retno yang dijadual berlangsung pada 16 November tahun lalu dibatalkan oleh pihak penganjur, Kharisma Music International.

BACA JUGA:  Pelakon veteran Dharma Harun meninggal dunia pada usia 68 tahun

Penaung syarikat berkenaan, penyanyi Yuka Kharisma dilaporkan menyalahkan prestasi jualan tiket yang rendah sebagai punca utama pembatalan, selain menuntut Aisha membayar semula RM83,000 yang didakwa dipinjam untuk menjayakan persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-38, Mac lalu.

Aisha sebelum ini turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan penganjur yang dikatakan membuat keputusan drastik tanpa berbincang atau memaklumkan kepadanya lebih awal.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...

Peminat sejak 2003, lebih 500 peminat teruja dapat jumpa Mesut Ozil dekat Penang

GEORGE TOWN - Lebih 500 peminat bola sepak tidak...

Pengorbanan ulang-alik 700km demi keluarga setiap minggu bertukar tragedi 

KUALA LUMPUR – Rutin seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia...

Derma organ selepas meninggal dunia, bakti terakhir Allahyarham Syukri Bazli 

KUALA LUMPUR – Pemergian Allahyarham Muhammad Syukri Bazli, 31,...

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...