Tiada petunjuk baru, operasi SAR Ija ditamatkan

MUAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, di Sungai Tui, Lenga, ditamatkan hari ini selepas empat hari pencarian gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, operasi ditamatkan setelah mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hasil pencarian menyeluruh di lokasi kejadian dan keperluan untuk memperluaskan kawasan pencarian ke lokasi lain yang berkemungkinan berkait.

“Operasi ini telah dijalankan selama empat hari melibatkan 77 pegawai dan anggota keselamatan melalui pencarian darat, air dan udara dalam radius beberapa kilometer dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi SAR telah digerakkan serta-merta pada hari kejadian dengan penglibatan pelbagai agensi penyelamat tetapi sehingga kini, mangsa masih belum ditemui.

Tambahnya, pencarian terperinci di lokasi kejadian telah selesai dan tiada sebarang petunjuk menunjukkan keberadaan mangsa di kawasan tersebut.

Pada Selasa lalu, sebuah kereta Perodua Axia yang dipercayai dipandu oleh Ija Nizaruddin ditemukan terjunam ke dalam Sungai Tui di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Bukit Kepong. Bagaimanapun, mangsa tidak dijumpai di sekitar lokasi berkenaan.

BACA JUGA:  Warga emas dikhuatiri lemas terjun sungai di Muar
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...