Jangan guna alasan OKU, Akmal Saleh gesa tindakan tegas babit Jalur Gemilang terbalik

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan bahawa insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson tidak wajar dipandang ringan, apatah lagi dengan alasan ia dilakukan oleh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, tindakan memberi alasan melibatkan OKU adalah tidak bertanggungjawab dan mencerminkan kelemahan dalam pengurusan sekolah tersebut.

“Kalau dah tahu dia OKU, kenapa dibenarkan pasang tanpa pengawasan? Takkan tiada pekerja lain yang boleh dipertanggungjawabkan?” katanya dalam satu video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana kesilapan seperti itu tidak disedari lebih awal oleh pihak sekolah dan mengapa tiada tindakan pantas untuk memperbetulkannya.

Dr Akmal juga mahu Kementerian Pendidikan tampil memberi penjelasan mengenai status sebenar pekerja OKU yang terlibat dalam insiden tersebut, sama ada tergolong dalam kategori fizikal atau mental.

“Kalau dia OKU mental, adakah dibenarkan bekerja di sekolah? Kalau fizikal, takkan tak boleh nampak bendera terbalik, melainkan dia buta,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menolak pandangan sesetengah pihak yang menganggap isu ini dipolitikkan, sambil menegaskan bahawa ia melibatkan soal patriotisme dan rasa hormat terhadap simbol negara.

“Ini bukan soal politik. Ini soal semangat cintakan negara dan menghormati bendera kita. Setiap tahun bila tiba bulan kemerdekaan, mesti berlaku kes macam ini. Sampai bila kita nak biarkan?” ujarnya.

Tambahnya, beliau menggesa Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

BACA JUGA:  Thong Bowl terima pensijilan Halal JAKIM, cipta rekod 'ASEAN Book of Records'
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...