Rayuan akhir ditolak, Siti Bainun kekal penjara 12 tahun

PUTRAJAYA – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap dua pertuduhan mengabai serta menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz sebulat suara menolak rayuan Siti Bainun, 33, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2023 yang mengekalkan hukuman tersebut.

Dalam penghakimannya, Azman berkata, mahkamah mendapati tiada kekhilafan dalam fakta atau undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

“Selepas meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan, kami mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes atas kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah. Perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes tersebut.
Dengan ini, sabitan kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan dan rayuan ditolak,” katanya di mahkamah.

Siti Bainun diwakili peguam Mohd Haijan Omar, Nurul Hafidza Hassan dan Nur Aminatul Mardhiah Md Nor, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Tetralina Ahmad Fauzi, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Mahkamah turut menolak permohonan Siti Bainun untuk mengemukakan bukti baharu berupa laporan polis yang dibuat oleh ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, yang menyentuh kredibiliti seorang saksi utama pendakwaan.

Siti Bainun sebelum ini didakwa mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama dan 12 tahun bagi pertuduhan kedua, namun kedua-duanya berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

BACA JUGA:  Lima lelaki termasuk remaja 17 tahun ditahan terlibat bergaduh di Dataran Merdeka

Siti Bainun juga diperintah melaksanakan 200 jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...