Kerajaan umum penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter ketika ini, berkuat kuasa 30 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dilaksanakan menerusi mekanisme penyasaran subsidi bahan api yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat di seluruh negara.

“Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih aktif, harga RON95 yang ditawarkan ialah RM1.99 seliter. Manakala untuk bukan warganegara, harga ditetapkan pada RM2.60 seliter,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, Isnin ini.

Menurut beliau, langkah itu sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan subsidi diberikan secara lebih bersasar, agar benar-benar dinikmati oleh golongan rakyat yang layak.

BACA JUGA:  Anwar dijangka umum lebih banyak berita baik dalam masa terdekat
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...