Penghidap barah darah, Khamil Bashah meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Perjuangan panjang penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat berakhir apabila beliau meninggal dunia kira-kira jam 11.35 pagi tadi di kediamannya di Taman Desa Coalfields.

Berita duka itu disahkan rakan karibnya, Megat Shahzulfadli Megat Ahmad Kushairi, 35, manakala adik Allahyarham, Muhammad Affandi, memaklumkan bahawa abangnya yang berusia 33 tahun menghembuskan nafas terakhir di rumah.

“Jenazah abang akan dibawa ke Masjid Kampung Melayu, Batu 16, Rawang untuk solat jenazah selepas Zuhur sebelum dikebumikan,” katanya.

Pada Ogos lalu, media pernah melaporkan kisah Allahyarham yang diuji dengan barah darah selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 22 Ogos. Akibat keadaan kesihatan yang merosot, bekas anggota polis berkhidmat 10 tahun itu terpaksa meninggalkan kerjaya sebagai pengawal peribadi.

Situasi tersebut merisaukan Allahyarham apabila beliau tidak lagi mampu mencari rezeki untuk membesarkan anak tunggalnya, Muhammad Aiden Noah, yang kini berusia tiga tahun.

BACA JUGA:  Warga emas maut jatuh perigi
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...