Dua pelajar UiTM Rembau maut, motosikal terbabas langgar penghadang jalan

REMBAU – Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau maut selepas motosikal jenis Yamaha NVX yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 1, Jalan Chengkau–Panchang–Lubok Cina, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, penunggang motosikal, Ismawanie Husna Ismail, 19, pelajar Diploma Pengurusan Maklumat, dan pembonceng, Nur Ain Zulaisya Zahrain, 18, pelajar Diploma Komunikasi dan Media, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina.

“Apabila sampai di satu selekoh, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan dan melanggar besi penghadang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, impak pelanggaran yang kuat menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:  [VIDEO] Alza langgar lampu merah, Myvi pula dirempuh jadi mangsa
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...