Floor88 ‘berkaki ayam’ hiburkan ribuan peminat di Paradise Food Festival 2.0 Melaka

MELAKA – Ribuan pengunjung membanjiri Paradise Food Festival 2.0 yang berlangsung di Harbour Street Market, Pulau Melaka, bagi menikmati persembahan hebat kumpulan popular, Floor88, malam tadi.

Antara lagu yang membakar semangat penonton termasuklah “Chikadun” dan “Hutang” yang berjaya membuatkan peminat menyanyi dan menari bersama-sama di hadapan pentas. Persembahan penuh bertenaga kumpulan ini mencipta suasana meriah yang tidak akan dilupakan pengunjung.

Festival yang berlangsung dari 7 hingga 11 Januari 2026 ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, termasuk Pertandingan Karaoke Kilauan Paradise, Kids Fashion Show, pertandingan Mobile Legend 5v5, Pertandingan Mewarna & Melukis Kanak-Kanak, serta Food Challenge.

“Persembahan Floor88 malam ini memang luar biasa! Kami amat berbesar hati dapat menghiburkan peminat yang hadir dari seluruh Melaka dan kawasan sekitar,” kata seorang pengunjung yang ditemui MYBERITA.

Festival ini dibuka kepada semua pengunjung dengan masuk percuma, dan semua konsert juga ditawarkan secara percuma.

Pengunjung dapat menikmati suasana meriah sambil mencuba pelbagai hidangan makanan tempatan yang tersedia sepanjang festival.

Bagi mereka yang belum berkesempatan hadir, jangan lepaskan peluang pada hari terakhir, 11 Januari, untuk menyaksikan Food Challenge yang pastinya menyeronokkan serta mencuba pelbagai makanan lazat. Ajak keluarga, rakan-rakan dan datang beramai-ramai untuk menutup festival dengan kenangan manis!

BACA JUGA:  Dukes tak kejar populariti, hanya mahu muzik mereka dihargai
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...