@sahabatamsyarleee Bukan Lagi Kita #amsyarleee #singasia #亚洲新声 #iqiyi #nadeera #bukanlagikita ♬ suara asli – Sahabat Amsyarleee
Namun, usaha berani itu tidak sepenuhnya membuahkan hasil apabila sebahagian netizen berpendapat penukaran register suara Amsyar tidak begitu kemas dan mencacatkan emosi lagu.
\”Part tukar suara tu macam tiba-tiba je, tak smooth… hilang feel lagu,\” tulis seorang pengguna di ruangan komen.
\”Lagu ni memang susah nak nyanyi kalau lelaki yang bawa. Dah terlalu sinonim dengan suara Nadeera yang penuh emosi,\” kata seorang lagi netizen.
Malah, ada yang menyarankan lagu ini dikekalkan sebagai lagu wanita kerana susunan melodi dan dinamik vokal yang sukar untuk dinyanyikan oleh lelaki tanpa mengubah struktur asal.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang memuji keberanian Amsyar mencuba sesuatu yang mencabar walaupun terdapat kekurangan dalam teknik penyampaian.
\”Kita patut raikan keberanian dia bawakan lagu ni live. Tak semua lelaki boleh tarik part tinggi tu,\” ujar seorang penonton lain yang lebih positif.
Lagu Bukan Lagi Kita yang melonjakkan nama Nadeera selepas kemenangannya dalam sebuah pertandingan nyanyian, memang dikenali dengan lenggok melodi kompleks serta kawalan vokal yang tinggi, menjadikannya antara lagu yang dianggap “berhantu” oleh peminat muzik tempatan.
Perbincangan hangat ini membuka ruang kepada perdebatan lebih luas tentang cabaran penyanyi lelaki yang cuba membawa lagu balada wanita, terutama yang sangat bergantung kepada teknik suara kepala (head voice) dan vokal emosi. – MYBERITA








