Jay Iskandar anggap trend ‘tangkap orang Kelantan’ sekadar gurauan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Jay Iskandar menganggap trend ‘menangkap orang Kelantan’ yang tular di media sosial hanyalah sekadar gurauan dan tidak perlu diambil terlalu serius.

Menurut Jay atau nama sebenarnya Aariz Iskandar Idris, gurauan tersebut boleh dianggap sebagai cara santai yang secara tidak langsung memperkenalkan negeri Kelantan kepada orang luar.

Katanya, orang kelahiran Kelantan juga tidak seharusnya terlalu terasa dengan trend berkenaan kerana kebanyakan individu yang menyertainya hanya berniat untuk berjenaka.

“Bagi saya ia sekadar gurauan sahaja. Orang Kelantan tak perlu terasa. Malah dengan gurauan ini mungkin orang luar dapat mengenali daerah-daerah di Kelantan seperti Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas,” katanya.

Jay berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2026 yang berlangsung di Pavilion Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Puteri Kelas Atas itu memaklumkan dia sendiri tidak pernah menerima layanan buruk daripada orang lain walaupun berasal dari Kelantan.

Sebaliknya, kebanyakan individu yang ditemuinya hanya bergurau mengenai perkara tersebut.

“Tiada siapa yang menjauh selepas tahu tempat kelahiran saya. Biasanya sekadar gurauan sahaja. Selalunya kalau orang Kelantan jumpa orang Kelantan, memang cepat ngam,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kehidupan peribadi, Jay mengakui dirinya masih bujang dan belum terfikir untuk mencari pasangan dalam masa terdekat.

Katanya, buat masa ini dia lebih selesa memberi tumpuan kepada perkembangan diri dan kerjaya lakonan.

“Saya masih bujang. Sekarang ini saya fokus pada diri sendiri dan kerjaya. Saya juga sedang aktif ke gim dan anggap ini fasa untuk mengembara serta memperbaiki skil lakonan,” katanya.

Tambah Jay, soal mencari pasangan mungkin hanya akan difikirkan apabila usianya mencecah 30-an.

BACA JUGA:  Lebih 2 juta kenderaan masuk Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha

Terdahulu, trend ‘misi tangkap orang Kelantan’ menjadi tular di media sosial apabila ada individu berseloroh menawarkan ganjaran sebanyak RM100 kepada sesiapa yang berjaya ‘menangkap’ individu kelahiran negeri tersebut. – MYBERITA

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...