Isnin | 21/09/2026 | 7:59:29 pm
HomeTerkiniAir ‘kopi o’ keluar dekat paip, isu air Machang kembali hangat

Air ‘kopi o’ keluar dekat paip, isu air Machang kembali hangat

KUALA LUMPUR – Masalah bekalan air kotor di Machang yang dilaporkan sejak bulan Ramadan lalu didakwa masih berlarutan sehingga kini, sekali gus menjejaskan kegunaan harian penduduk setempat.

RINGKASAN BERITA
  • Isu tersebut tular selepas satu video dimuat naik oleh pengguna Threads dikenali sebagai @teohwoei, memaparkan keadaan air paip di sebuah rumah penduduk yang kelihatan…
  • Dalam video berkenaan, seorang penduduk dikenali sebagai Mek Ya menunjukkan air yang mengalir dari paip rumahnya berwarna seperti minuman pekat, sekali gus mencetuskan kebimbangan…
  • Menurut Mek Ya, keadaan air tersebut mula berlaku sejak hari raya ketiga lalu.
  • Malah, beliau turut berseloroh menjemput orang ramai datang beraya ke rumahnya untuk melihat sendiri keadaan air yang disifatkan sebagai ‘istimewa’ itu.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Isu tersebut tular selepas satu video dimuat naik oleh pengguna Threads dikenali sebagai @teohwoei, memaparkan keadaan air paip di sebuah rumah penduduk yang kelihatan gelap dan keruh, berbeza daripada keadaan biasa.

Dalam video berkenaan, seorang penduduk dikenali sebagai Mek Ya menunjukkan air yang mengalir dari paip rumahnya berwarna seperti minuman pekat, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Raya punya pasal… dah ‘upgrade’ dari teh tarik kepada kopi O kaw. Semoga dipermudahkan segala urusan orang Kelantan,” tulis pengguna itu secara berseloroh.

Menurut Mek Ya, keadaan air tersebut mula berlaku sejak hari raya ketiga lalu. Malah, beliau turut berseloroh menjemput orang ramai datang beraya ke rumahnya untuk melihat sendiri keadaan air yang disifatkan sebagai ‘istimewa’ itu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa kecewa dan mendesak tindakan segera daripada pihak berwajib, khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Sebahagian pengguna turut berseloroh mengenai situasi itu, namun tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan penduduk.

“Harap pihak bertanggungjawab segera tampil beri penjelasan dan selesaikan isu ini. Bimbang jika ada masalah teknikal yang lebih serius,” kata seorang pengguna.

Penduduk berharap masalah bekalan air bersih di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan harian mereka tidak terus terjejas. – MYBERITA – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|