Isnin | 21/09/2026 | 7:22:42 pm
HomeNasionalNegeri"Dah aras paling tinggi", eskalator rosak tanpa palang buat pengunjung risau

“Dah aras paling tinggi”, eskalator rosak tanpa palang buat pengunjung risau

KAJANG – Keadaan sebuah eskalator yang didakwa tidak berfungsi namun masih boleh dilalui pengunjung di sebuah pusat beli-belah sekitar Kajang mencetuskan kebimbangan selepas rakaman mengenainya tular di media sosial.

RINGKASAN BERITA
  • Video yang dikongsikan pengguna Threads, Anne Alii itu memperlihatkan keadaan eskalator berkenaan yang kelihatan usang, termasuk beberapa bahagian anak tangga yang didakwa mengalami kerosakan.
  • Lebih membimbangkan, pengguna tersebut mendakwa tiada palang atau penghadang diletakkan bagi menghalang orang ramai daripada menggunakan eskalator berkenaan meskipun ia tidak beroperasi.
  • Dalam hantaran sama, Anne turut menulis ringkas, “Seramnya eskalator ni.” Perkongsian berkenaan kemudian mengundang reaksi pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman dan kebimbangan…
  • Seorang pengguna, Erni mendakwa pernah berlaku kejadian membabitkan seorang kanak-kanak di eskalator berkenaan ketika dia bekerja di situ suatu ketika dahulu.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Video yang dikongsikan pengguna Threads, Anne Alii itu memperlihatkan keadaan eskalator berkenaan yang kelihatan usang, termasuk beberapa bahagian anak tangga yang didakwa mengalami kerosakan.

Lebih membimbangkan, pengguna tersebut mendakwa tiada palang atau penghadang diletakkan bagi menghalang orang ramai daripada menggunakan eskalator berkenaan meskipun ia tidak beroperasi.

“Tak on (hidup) pun eskalator ni tapi seramlah, sepatutnya tutuplah terus jangan bagi orang guna. Dahlah (di) aras paling tinggi,” katanya.

Dalam hantaran sama, Anne turut menulis ringkas, “Seramnya eskalator ni.”

Perkongsian berkenaan kemudian mengundang reaksi pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman dan kebimbangan mengenai keadaan di pusat beli-belah terbabit.

Seorang pengguna, Erni mendakwa pernah berlaku kejadian membabitkan seorang kanak-kanak di eskalator berkenaan ketika dia bekerja di situ suatu ketika dahulu.

“Dulu masa kerja masa bulan puasa tahun bila tak ingat ada budak tersepit tangan dekat eskalator tu, satu bangunan dengar budak tu menjerit,” dakwanya.

Seorang lagi pengguna, Unicorn turut meninggalkan komen berseloroh mengenai keadaan pusat beli-belah tersebut.

“Tak payah sembang eskalator, bau je dah seram,” katanya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan terhadap eskalator tersebut.

Rakaman itu turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna mengenai aspek keselamatan, khususnya keperluan meletakkan penghadang pada eskalator yang tidak beroperasi atau mengalami kerosakan bagi mengelakkan ia digunakan pengunjung. – Threads

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|