Isnin | 21/09/2026 | 11:08:57 pm
HomeSukan‘Never Say Die’ jadi azimat Malaysia, Rexy mahu pemain berjuang habis-habisan.

‘Never Say Die’ jadi azimat Malaysia, Rexy mahu pemain berjuang habis-habisan.

AICHI – Skuad badminton berpasukan lelaki negara diseru mengekalkan semangat tidak mudah menyerah apabila berdepan Indonesia pada aksi suku akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, esok.

RINGKASAN BERITA
  • Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, mahu barisan pemain negara mengetepikan reputasi Indonesia sebagai pasukan pilihan dan sebaliknya tampil dengan keyakinan untuk berjuang sehingga…
  • “Ini satu ‘never say die’,” katanya selepas Malaysia melakar kemenangan 3-0 ke atas Mongolia pada pusingan pertama di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, hari ini.
  • Menurut Rexy, kemenangan tersebut bukan sahaja memastikan kemaraan Malaysia ke suku akhir, malah memberi peluang kepada pemain membiasakan diri dengan keadaan gelanggang sebelum menghadapi…
  • “Kita harapkan kesempatan yang kita dapat ini lawan Mongolia, sekurang-kurangnya kita sudah cuba keadaan venue ini.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, mahu barisan pemain negara mengetepikan reputasi Indonesia sebagai pasukan pilihan dan sebaliknya tampil dengan keyakinan untuk berjuang sehingga mata terakhir.

“Ini satu ‘never say die’,” katanya selepas Malaysia melakar kemenangan 3-0 ke atas Mongolia pada pusingan pertama di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, hari ini.

Menurut Rexy, kemenangan tersebut bukan sahaja memastikan kemaraan Malaysia ke suku akhir, malah memberi peluang kepada pemain membiasakan diri dengan keadaan gelanggang sebelum menghadapi lawan yang lebih mencabar.

“Kita harapkan kesempatan yang kita dapat ini lawan Mongolia, sekurang-kurangnya kita sudah cuba keadaan venue ini. Semoga semua pemain semua boleh ambil ini sebagai satu advantage,” katanya.

Malaysia mara ke suku akhir selepas menewaskan Mongolia 3-0 menerusi kemenangan Leong Jun Hao, beregu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani serta Justin Hoh.

Rexy berharap pengalaman daripada aksi pertama itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain ketika berdepan Indonesia, sekali gus memberi mereka keyakinan untuk menghasilkan kejutan dalam pertemuan getir tersebut.

– Berita RTM

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|