Rabu | 23/09/2026 | 4:29:29 am
HomeGaya Hidup''Kena kurus baru lawa dalam kamera'', Tiz Zaqyah pernah hilang tawaran kerja...

”Kena kurus baru lawa dalam kamera”, Tiz Zaqyah pernah hilang tawaran kerja sebab ‘berisi’

KUALA LUMPUR – Perkongsian pelakon Tiz Zaqyah mengenai perubahan bentuk badannya mencuri perhatian ramai apabila dia mendedahkan pernah kehilangan beberapa tawaran kerja hanya kerana dikatakan semakin berisi.

Menerusi hantaran di Instagram, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak meluahkan rasa kurang senang apabila perubahan berat badannya terus menjadi perhatian segelintir pihak.

Menurut Tiz, dia bekerja keras untuk mendapatkan semula bentuk badan yang diinginkan sehingga kini kembali selesa mengenakan pakaian bersaiz XS hingga S.

“Saya bekerja keras untuk mendapatkan semula jawline dan cheekbones saya. Sekarang saya boleh memakai semua seluar dan pakaian bersaiz XS hingga S,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Tiz turut menceritakan pengalaman ketika menjalani penggambaran fesyen termasuk berdepan kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya ketika itu.

Malah, pernah berlaku situasi zip skirt yang dipakainya terbuka ketika sesi penggambaran, namun perkara tersebut difahami pihak produksi.

Tiz pada masa sama menjelaskan dirinya seorang yang aktif dan tidak mengambil ubat kurus untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.

“Saya ni lasak, naik Kinabalu, basikal, tak boleh duduk diam macam monyet,” tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah pendedahan Tiz bahawa perubahan berat badannya sebelum ini didakwa menyebabkan dia kehilangan beberapa peluang pekerjaan termasuk tawaran lakonan dan endorsement.

“Dan tahu tak aku banyak hilang endorsement jobs, job berlakon, sebab ‘Tiz dah gemuk’ naik badan, ‘kena kurus baru lawa dalam camera’,” tulisnya.

Menerusi tinjauan MYBERITA di ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan kata-kata semangat selain mempertahankan pelakon itu daripada kritikan terhadap bentuk badannya.

“Always gorgeous! Let them talk. You’re amazing and the ones talking about you are simply background noise,” komen seorang pengguna Instagram.

“No matter what they said, Tiz sentiasa lawa,” tulis seorang lagi pengguna.

Tidak kurang juga yang berpendapat Tiz tetap kelihatan cantik tanpa mengira sama ada berat badannya meningkat atau menurun.

“Tiz gemuk, Tiz kurus… tak kesah, Tiz tetap cantik,” komen seorang warganet.

Seorang lagi pengguna turut memberikan kata-kata semangat dengan menulis, “Not many know how much of a G u actually are! Keep shining Tiz.”

Sebagai info, Tiz mula berkecimpung dalam industri seni pada 2006 sebelum namanya melonjak menerusi watak Nur Amina dalam drama popular Nur Kasih pada 2009.

Selain Nur Kasih, dia turut membintangi beberapa karya popular antaranya Asmaradana, Soffiya, Dejavu di Kinabalu dan Nur Kasih: The Movie. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 23 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|