Khamis | 24/09/2026 | 8:12:52 pm
HomeHiburanLenny jadi pilihan nama anak sulung pasangan pelakon Taylor Lautner

Lenny jadi pilihan nama anak sulung pasangan pelakon Taylor Lautner

LOS ANGELES – Pelakon The Vampire Diaries, Taylor Lautner, akhirnya berkongsi nama anak sulungnya selepas seminggu bergelar bapa.

Taylor, 34, menerusi Instagram memaklumkan bayi perempuan yang dilahirkan pada 16 September lalu diberi nama Lennon Taylor Lautner, dengan panggilan manja Lenny.

“Seminggu menyayangi si kecil kami, Lenny, Lennon Taylor Lautner,” tulisnya ringkas dalam hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon itu masih merahsiakan wajah cahaya mata sulungnya daripada tatapan umum.

Lenny merupakan anak pertama Taylor bersama isterinya, Taylor Dome Lautner, yang mula menjalin hubungan pada 2018 sebelum berkahwin pada 1 November 2022.

Menariknya, pasangan itu berkongsi nama Taylor selepas Dome menggunakan nama keluarga Lautner selepas perkahwinan mereka.

Keadaan tersebut sering menjadi bahan gurauan dalam kalangan peminat, menyebabkan Taylor Dome lebih gemar menggunakan nama panggilan Tay bagi membezakan dirinya dengan suami.

Kini, pasangan itu memulakan fasa baharu dalam kehidupan sebagai ibu bapa dengan kehadiran Lenny sebagai anggota terbaharu keluarga mereka. – Berita Harian

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 24 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|