Suraya Borhan tamatkan perkhidmatan di Suria FM lepas sembilan tahun

KUALA LUMPUR – Suasana sedih kembali menyelubungi Suria FM apabila penyampai radio popular, Suraya Borhan mengumumkan penamatan tugasnya di stesen tersebut, hari ini selepas hampir sedekad mencurahkan bakti.

Berita itu hadir hanya beberapa minggu selepas pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz turut mengambil keputusan meninggalkan kerjaya penyampai radio pada pertengahan Julai lalu.

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak Suria FM menyifatkan Suraya sebagai individu berintegriti dan berdedikasi tinggi sepanjang sembilan tahun bersama pasukan mereka.

“Suraya merupakan figura penting yang sentiasa memberikan komitmen luar biasa. Sikap profesionalismenya telah menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada ramai warga kerja di Suria FM.

“Stesen ini amat menghargai segala jasa dan sumbangan beliau yang begitu besar dan tidak ternilai sejak hari pertama beliau menyertai kami,” kata wakil Suria FM dalam kenyataan itu.

Sepanjang penglibatan dalam dunia penyiaran, Suraya pernah mengendalikan segmen pagi paling popular, Morning Morning Suria, sebelum ditugaskan mengemudi dua slot hujung minggu iaitu Suria Hujung Minggu dan Hello Suria.

Pengunduran Suraya dijangka akan dirasai para pendengar setia, apatah lagi beliau dikenali dengan gaya penyampaian mesra dan penuh semangat setiap kali ke udara.

Pihak Suria FM turut mendoakan kejayaan Suraya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini, sambil menzahirkan ucapan terima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan selama ini.

BACA JUGA:  Keadaan kesihatan Along Eyzendy merosot, organ dalaman dilaporkan semakin kritikal
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...