Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURANEyka Farhana belum sedia sahkan tarikh nikah

Eyka Farhana belum sedia sahkan tarikh nikah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Eyka Farhana masih belum mengesahkan khabar pernikahannya dengan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang dikatakan bakal berlangsung pada 2 Mei ini.

Menurut adiknya merangkap pengurus, Dyba Farhana, mereka memilih untuk tidak mengumumkan secara rasmi buat masa ini bagi mengelakkan penyakit ain, yang sering dikaitkan dengan kecelakaan akibat rasa iri hati atau pandangan hasad orang lain.

“Buat masa ini saya belum dapat sahkan apa-apa kerana beberapa perkara, terutama isu penyakit ain. Harap semua pihak faham keadaan ini. Insya-Allah, mereka sendiri akan maklumkan perkembangan lanjut nanti,” katanya kepada media.

Sumber terdekat mendakwa pasangan itu bakal mengadakan lima majlis, termasuk majlis berinai dan tiga persandingan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur (5 Mei), Kedah (11 Mei), Kelantan (12 Mei), dan Langkawi (16 Mei).

Meskipun kad undangan dikatakan sudah diedarkan, Eyka, 30, memilih untuk tidak memberi sebarang komen lanjut, sama seperti tunangnya Akhyar yang turut mengunci mulut ketika aksi terakhir Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC baru-baru ini.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu dan spekulasi pernikahan mereka semakin memuncak selepas video ‘parti bujang’ Eyka tular pada Februari lalu.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN