Jumaat, 26 Jun 2026
spot_img
HomeNasionalAnwar seru politik matang, perpaduan nasional sempena PAU 2025

Anwar seru politik matang, perpaduan nasional sempena PAU 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, hari ini menekankan kepentingan politik matang dan perpaduan nasional melalui ciapan di laman Facebook rasminya sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Dalam ciapan tersebut, Anwar menegaskan bahawa kekuatan negara tidak terbit daripada perbezaan yang terus dipacu, sebaliknya daripada kesepaduan yang diperkukuh, kebijaksanaan yang diraikan, serta iltizam bersama untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

“Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan yang lebih adil dan inklusif buat seluruh rakyat,” katanya.

Anwar juga berharap agar persidangan Perhimpunan Agung UMNO berlangsung dengan tertib, penuh wacana yang bernas dan berpaksi kepada kepentingan rakyat, sambil menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi mewujudkan sebuah Malaysia yang madani.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine