Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURANBlood Brothers gegarkan Bukit Bintang, kutipan cecah RM62 juta

Blood Brothers gegarkan Bukit Bintang, kutipan cecah RM62 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Bukit Bintang malam tadi berubah menjadi lautan manusia apabila ribuan peminat membanjiri lokasi tumpuan itu untuk menyambut barisan pelakon filem aksi sensasi Blood Brothers: Bara Naga.

Kemunculan para pelakon utama menerusi gimik ‘Epic Walk’ yang membawa mereka berjalan merentasi orang ramai menambahkan lagi kehangatan acara, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh daripada para pengunjung.

Tepat jam 9:30 malam, orang ramai turut dikejutkan dengan paparan kutipan pecah panggung sebanyak RM62 juta menerusi papan iklan digital gergasi di tengah-tengah ibu negara, meskipun baharu sahaja 20 hari ditayangkan.

Acara yang dianjurkan buat julung kali oleh Primeworks Studios (PWS) dan Skop Productions itu diadakan sebagai penghargaan kepada peminat serta sebahagian daripada usaha promosi naskhah arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Turut hadir ialah penerbit filem berkenaan, Datuk Yusof Haslam dan barisan pelakon antaranya Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Ray Dap Dap dan Amir Nafis.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN