Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAPENDIDIKANComm@L.I.T. kukuhkan jalinan institusi dan komuniti, bantu gelandangan pulih keyakinan diri

Comm@L.I.T. kukuhkan jalinan institusi dan komuniti, bantu gelandangan pulih keyakinan diri

- Advertisement -

GEORGE TOWN — Semangat tanggungjawab sosial dan pemerkasaan komuniti terpancar menerusi penganjuran program Comm@Love In Transit (Comm@L.I.T.) yang berjaya melabuhkan tirai pada 14 Jun lalu.

EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang, Lim Siew Khim, berkata, pentingnya kolaborasi institusi dan komuniti dalam memulihkan keyakinan golongan gelandangan yang tidak hanya mencerminkan pencapaian pelajar USM dari aspek akademik dan sosial, malah menjadi titik tolak kepada penglibatan berterusan generasi muda dalam agenda pembangunan mampan sejagat, seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Comm@L.I.T. kukuhkan jalinan institusi dan komuniti, bantu gelandangan pulih keyakinan diri

“Kebolehan mereka untuk kembali menyertai masyarakat dengan lebih yakin adalah satu kejayaan besar. Ini menunjukkan bahawa intervensi berasaskan kasih sayang dan empati mampu mencetuskan perubahan bermakna,” ujar beliau.

Turut menyentuh hati ialah luahan penghargaan daripada salah seorang penghuni PTGPP, Low Thean Sui, 58, yang menyifatkan layanan pelajar sebagai amat mesra dan berperikemanusiaan.

“Anak-anak muda ini menghormati kami seperti keluarga sendiri. Aktiviti yang dijalankan mengingatkan saya pada zaman muda yang penuh harapan,” katanya.

Diterajui seramai 70 pelajar dari Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), program ini membawa pendekatan inklusif dalam menyantuni komuniti gelandangan di bawah jagaan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang (PTGPP) selain menjadi platform buat pelajar mengaplikasikan ilmu secara praktikal, di samping memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat.

Comm@L.I.T. kukuhkan jalinan institusi dan komuniti, bantu gelandangan pulih keyakinan diri

Lebih 80 warga PTGPP diraikan dalam program ini melalui pelbagai aktiviti mesra komuniti seperti pertandingan Explore Race berteraskan permainan tradisional, senamrobik, gotong-royong, ceramah kesihatan pergigian dan persembahan komuniti yang meriah.

Turut hadir bersama adalah Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Profesor Madya Dr. Bahiyah Omar serta penyelaras SULAM USM, Dr. Suriati Saad.

Comm@L.I.T. kukuhkan jalinan institusi dan komuniti, bantu gelandangan pulih keyakinan diri

Penyampai radio terkenal, Fara Fauzana, turut memainkan peranan sebagai pengacara majlis dan berjaya menghidupkan suasana dengan penuh ceria.

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai penaja dan rakan strategik termasuk agensi kerajaan, badan korporat, syarikat swasta dan individu perseorangan. Antara penyumbang utama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Antara lain, ZheJiang Liuyi Education Technology Co., Ltd, IJM Land Corporation serta beberapa organisasi tempatan dan nasional lain.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN