KUALA LUMPUR – Syarikat peneraju kandungan dan hiburan negara, Astro, terus menghargai jasa penjawat awam menerusi pelancaran ‘Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam’, yang kini ditawarkan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh Malaysia.
Pek istimewa ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada golongan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

Ia merupakan sebahagian daripada pek Astro One dan menawarkan akses kepada kandungan premium termasuk saluran pilihan, program tempatan, Astro Originals, hiburan atas permintaan serta akses penstriman menerusi Astro GO.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, penawaran eksklusif ini merupakan cara Astro menyatakan terima kasih kepada golongan yang banyak berjasa kepada negara.
“Kami memahami tanggungjawab besar yang dipikul oleh penjawat awam. Pakej istimewa ini mencerminkan penghargaan kami kepada mereka, dengan menawarkan hiburan berkualiti pada harga lebih berpatutan. Kami percaya tawaran ini membawa nilai yang sangat bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai sebahagian daripada tawaran ini, penjawat awam boleh melanggan Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One dengan diskaun istimewa serta penjimatan sehingga RM960. Tawaran turut merangkumi tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan pemasangan Plug & Play secara percuma.

Antara kelebihan pek yang ditawarkan:
- Pek Entertainment Astro One: RM39.99/sebulan
Akses ke lebih 100 saluran dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa. Pelanggan boleh menonton program popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, dan Astro Originals First Wives. - Pek Sports Astro One: RM69.99/sebulan
Termasuk semua dalam Pek Entertainment, dengan tambahan siaran langsung sukan seperti Premier League, BWF, Liga Malaysia, STL, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi. - Tontonan Percuma Kandungan Kanak-Kanak (asal: RM9.99 sebulan):
Termasuk saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan lain-lain.

Penjawat awam yang berminat boleh mendaftar mulai hari ini melalui laman web rasmi Astro di www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di talian +603-9543 3838.

Pendaftaran memerlukan bukti sebagai penjawat awam atau pesara kerajaan untuk pengesahan. Astro menyeru para penjawat awam agar mengambil peluang ini untuk menikmati hiburan terbaik bersama keluarga, dengan nilai yang lebih tinggi dan pengalaman menonton yang lebih fleksibel.