Dua minggu tanpa air, pelajar universiti terabai di kolej kediaman sendiri

KUALA LUMPUR — [DIKEMASKINI] Para pelajar di sebuah kolej kediaman universiti awam di utara semenanjung kini berdepan tekanan akibat masalah gangguan bekalan air yang telah berlarutan hampir dua minggu.

Menurut sumber yang dipercayai, ketiadaan air bersih sejak awal bulan ini telah memberi kesan besar kepada kehidupan seharian pelajar, khususnya dalam hal keperluan asas seperti mandi, membasuh pakaian, beribadah serta penggunaan tandas.

\”Bantuan bekalan air hanya mula disediakan semalam, 14 April, tetapi malangnya air yang dibekalkan tidak bersih dan tidak sesuai untuk dimasak, dimakan atau diminum,\” jelas sumber tersebut.

@syntax2407 Biar video berbicara#unimap #fyp #unicity ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Lebih membimbangkan, pelajar terpaksa berulang-alik dari tingkat atas kolej kediaman menggunakan lif semata-mata untuk mendapatkan air dari tingkat bawah.

Situasi ini bukan sahaja menyulitkan, tetapi turut menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan dan kesihatan, terutamanya bagi pelajar perempuan dan pelajar tahun akhir yang sedang menghadapi tekanan tugasan serta persiapan peperiksaan.

@y00ubby

taknak online ke esok

♬ original sound – Ungku suzie Adriana

Keadaan semakin rumit apabila pihak pengurusan dikatakan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kaedah pengajaran, sama ada kelas akan diteruskan secara bersemuka atau beralih ke mod dalam talian sementara isu ini diselesaikan.

Pelajar kini berharap agar pihak universiti dan pihak berkaitan segera mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan masalah ini serta memberikan maklumat yang jelas kepada para pelajar agar tidak terus terjejas dari segi akademik dan kesejahteraan harian.

BACA JUGA:  13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...