Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAHIBURANFarid Kamil kekal hubungan profesional bersama bekas isteri

Farid Kamil kekal hubungan profesional bersama bekas isteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, menegaskan bahawa beliau bersedia untuk mengekalkan hubungan profesional bersama bekas isterinya, Diana Danielle, meskipun telah melalui dua episod penceraian.

Menurut Farid, sebelum berlakunya penceraian kali kedua, mereka sempat bergandingan dalam filem berjudul Baran yang masih belum ditayangkan.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk bekerjasama kerana kami profesional. Saya okey sebab kami ini rakan artis. Cuma selepas ini, saya tidak tahu macam mana promosi filem itu akan berlangsung,” katanya.

Farid juga menekankan bahawa fokus utama mereka kini adalah untuk membesarkan dua cahaya mata mereka, Muhammad (12) dan Nur Aurora (10).

“Kali terakhir saya jumpa dia ketika prosiding di mahkamah.

“Kami berkomunikasi menerusi anak-anak.

Cuma apa yang kami titik beratkan adalah pembesaran anak-anak kerana mereka masih memerlukan kasih sayang ibu dan bapa,” jelasnya lagi.

Pasangan selebriti itu sah bercerai kali kedua pada 24 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas mencapai persetujuan secara baik di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin.

Untuk rekod, Farid dan Diana sebelum ini turut bercerai buat kali pertama pada 10 Ogos 2023 menerusi Google Meet, namun kembali rujuk dalam tempoh iddah sebelum akhirnya memilih untuk berpisah semula baru-baru ini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN