Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAAHADKomunikasi & kasih sayang, rahsia bahagia keluarga Syafiq, Roziana

Komunikasi & kasih sayang, rahsia bahagia keluarga Syafiq, Roziana

- Advertisement -

PUCHONG – “Keluarga bahagia bukan datang dengan mudah, tetapi dibina setiap hari dengan komunikasi, kesabaran dan kasih sayang,” demikian kata Amirul Syafiq, 31, ketika menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Aariz Rizqi, 4 dan Arissa Rayqa, 1, hari ini.

Menurut Syafiq dan isterinya, Siti Roziana, turut mengambil peluang berkongsi tip membina keluarga bahagia yang mereka amalkan sejak mendirikan rumah tangga hampir 5 tahun lalu.

Tambahnya, komunikasi dua hala antara pasangan memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian rumah tangga terus utuh.

“Kami percaya pada kejujuran dan keterbukaan. Walaupun sibuk bekerja, kami tetap pastikan ada masa untuk berbual, walau hanya 10 minit sebelum tidur,” ujarnya.

Isterinya pula menekankan kepentingan menghargai momen kecil dalam keluarga.

“Kadangkala, ucapan ringkas seperti ‘terima kasih’ atau ‘awak dah cukup hebat hari ini’ mampu menguatkan semangat pasangan. Jangan tunggu hari istimewa untuk menunjukkan kasih sayang,” katanya ketika ditemui MYBERITA di Puchong Perdana, hari ini.

Pasangan itu turut berkongsi bahawa mereka menetapkan satu hari dalam seminggu sebagai family time bebas gajet, di mana mereka akan bermain bersama anak, memasak atau sekadar berbual tanpa gangguan teknologi.

“Tiada keluarga yang sempurna, tetapi setiap hari adalah peluang untuk jadi lebih baik. Jangan bandingkan diri dengan orang lain, fokus pada cinta dalam rumah sendiri.”

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN