Hael membuat pengumuman tersebut secara rasmi ketika siaran langsung program Big Stage 2025 peringkat suku akhir yang berlangsung malam tadi, sekali gus mengejutkan para peminat yang telah lama menantikan detik istimewa itu.
Menurut Hael, tiket bagi konsert tersebut boleh mula dibeli melalui platform Ticket2U bermula Selasa ini, 3 Jun 2025.
Hael yang popular dengan lagu-lagu hit seperti Jampi, Haram dan Diam berkata, konsert ini merupakan hadiah istimewa buat para peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya sejak awal kemunculannya.
Difahamkan, konsert itu akan menampilkan susunan muzik istimewa, persembahan visual yang memukau serta beberapa kejutan termasuk penampilan artis jemputan yang bakal diumumkan kelak.
Para peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan memandangkan sambutan dijangka luar biasa. – MYBERITA








