Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASAPangsapuri tingkat 16 terbakar, tiga beranak dibawa ke hospital

Pangsapuri tingkat 16 terbakar, tiga beranak dibawa ke hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga beranak dikejarkan ke hospital selepas kediaman mereka di tingkat 16 sebuah pangsapuri di Persiaran Bukit Rahman Putra 1 musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.36 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian dan tiba dalam masa 10 minit.
“Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman berkeluasan kira-kira 1,200 kaki persegi dan memusnahkan hampir 80 peratus struktur rumah.

Mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 54 tahun dan dua anak lelakinya dalam lingkungan usia 20-an, berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mereka mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut,” tambahnya.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN