Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAHIBURANPentas 'final' Big Stage Alpha makin panas, 7 peserta mara tanpa penyingkiran

Pentas ‘final’ Big Stage Alpha makin panas, 7 peserta mara tanpa penyingkiran

- Advertisement -

SHAH ALAM – Persaingan semakin sengit menjelang pentas akhir Big Stage Alpha (BSA) apabila tiada sebarang penyingkiran diumumkan pada minggu separuh akhir yang berlangsung malam tadi.

Keputusan itu sekali gus memberi peluang kepada semua tujuh peserta, termasuk Araff, Afiq Sky dan Ariel Fesol, untuk mara ke minggu terakhir dan berpotensi dilancarkan sebagai kumpulan debut di bawah jenama Alpha seperti yang digembar-gemburkan sejak awal musim.

Malam penuh debaran itu turut menyaksikan Daniel Sher mencuri perhatian juri dan penonton menerusi persembahan energik lagu Aku Skandal yang dipopularkan oleh kumpulan Hujan. Kemenangan tersebut menobatkan Daniel sebagai juara minggu separuh akhir, mengatasi pesaing terdekatnya, Rizal Rashid dan Ray-D.

Sebagai pelengkap kejayaannya, Daniel turut dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise minggu ini.

Big Stage Alpha yang bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater menampilkan dua pengacara popular, Elly Mazlein dan Rina Nose.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN