Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMANASIONALSemua rakyat Malaysia di Iran dilapor selamat – Wisma Putra

Semua rakyat Malaysia di Iran dilapor selamat – Wisma Putra

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran berada dalam keadaan selamat meskipun berlaku peningkatan risiko di negara tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan kementerian itu.

“Kementerian ingin meyakinkan orang ramai bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Tehran kini memantau rapat perkembangan semasa dan bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukannya.

“Kami kekal berkoordinasi secara rapat dengan semua agensi berkaitan, sama ada di dalam atau luar negara bagi memastikan sokongan sewajarnya diberikan kepada rakyat Malaysia di Iran, termasuk memudahkan urusan kepulangan mereka sekiranya perlu,” tambah kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, sebuah Bilik Gerakan telah diaktifkan bermula 17 Jun (Selasa) sebagai langkah tambahan untuk menyelaras sebarang bantuan atau maklumat yang diperlukan.

Ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia yang berada di Iran boleh menghubungi kementerian bagi mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan di talian +603 8887 4570 atau menerusi e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN