“Saya penggemar budu”, Nadhir Nasar mahu wanita Kelantan sebagai pasangan

Ahmad Nadhir Ahmad Nasar


KUALA LUMPUR – Pelakon, Nadhir Nasar mengakui bahawa kekangan waktu kerana kesibukan kerja menjadi punca utama dirinya sukar untuk mencari pasangan hidup.
 
Walaupun begitu, pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar ini percaya bahawa jodohnya sudah ada, cuma dia masih belum bertemu dengan individu tersebut.
 
“Bulan lepas saja saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga dengan bulan ini saya ada masa berehat sekitar dua hingga tiga hari saja.
 
“Saya akui untuk menjadi kepunyaan seseorang pada masa sekarang agak susah, tapi saya percaya individu itu ada, cuma belum jumpa lagi,” katanya.
 
Menjawab persoalan mengenai keinginannya untuk menjadikan wanita dari negeri Kelantan sebagai teman hidup, pelakon filem Kahar: Kapla High Council ini mengakui masih mencari wanita yang memenuhi kriterianya.
 
“Saya masih mencari wanita dari negeri Kelantan memandangkan saya bakal menjengah usia 30 tahun pada tahun depan.
 
“Entahlah, saya rasa wanita Kelantan ini ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Antara perkara yang buat saya minat wanita dari Kelantan ini kerana mereka pandai memasak.
 
“Saya tidak mengenali mana-mana wanita Kelantan sekarang ini. Saya ada ramai kenalan yang berasal dari negeri itu, cuma sebagai seseorang yang membesar di Perak, saya nampak perbezaan antara dua negeri ini dan ia agak menyeronokkan.
 
“Saya mencari wanita dari Kelantan ini disebabkan saya ini penggemar budu,” jelasnya.
 
Dalam pada itu, Nadhir tampil menjawab spekulasi yang mengatakan dirinya sudah berpunya.
 
“Saya akui ada ramai yang membuat spekulasi saya sedang mempunyai hubungan dengan seseorang, jujur saya okey saja. Cuma privasi tetap menjadi keutamaan saya.
 
“Kadang benda itu tak betul hingga menjejaskan kedua-dua pihak. Cuma untuk saya, spekulasi itu tak betul,” tegasnya.
 
Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis bertemu peminat sempena kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ di Bukit Bintang, malam tadi.
 
Selain Nadhir, duta jenama terbabit iaitu Shukri Yahaya, Mierul Aiman dan Syafiq Kyle turut turun padang bertemu peminat dan memeriahkan acara tersebut.
BACA JUGA:  Jangan buang kulit pisang! ini manfaat luar biasa anda perlu tahu
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...