KUALA LUMPUR – Anak lelaki kepada pelakon veteran tanah air, Rahim Jailani, iaitu Tasyriq, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan bapanya yang kini dikatakan berada dalam keadaan semakin lemah.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Tasyriq meluahkan kebimbangan dan kesedihan terhadap keadaan ayahnya ketika ini.
\”My dad\’s condition is weakening, tolong doakan ayah saya,\” tulisnya ringkas.
\”I can never be as strong as you Baba,\” tambah Tasyriq dalam hantaran sama, disertakan dengan gambar lama mereka bersama.
Rahim Jailani, 64, dikenali menerusi pelbagai watak dalam filem dan drama tempatan sejak era 1980-an, termasuk lakonannya dalam filem Gila-Gila Remaja 2 dan siri drama Gerak Khas.
Setakat ini, pihak MYBERITA sedang berusaha menghubungi ahli keluarga terdekat untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai kesihatan beliau. Kami akan terus membawakan perkembangan terkini sebaik menerima maklumat lanjut daripada keluarga.

