Anggota tentera mengaku tidak bersalah tumbuk kepala \’Gadis Axia\’

SEREMBAN – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang wanita pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali. Abdul Hafiz memohon untuk dibicarakan dalam kes ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menumbuk kepala seorang wanita berusia 28 tahun di Taman Satria, Senawang, pada 29 Mac lalu, kira-kira jam 10.20 malam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal, mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan memohon tarikh sebutan semula.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai, yang mewakili tertuduh, memohon agar jaminan tersebut dikurangkan memandangkan anak guamnya menanggung tanggungan keluarga termasuk dua anak kecil, ibu bapa, dan isteri.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 19 Mei depan untuk serahan dokumen dan laporan perubatan penuh.

Sebelum ini, sebuah video yang tular menunjukkan seorang pemandu wanita ditumbuk oleh seorang lelaki di kawasan Taipan Senawang. Kejadian dipercayai berpunca daripada lelaki tersebut yang berang selepas mendakwa anaknya dilanggar oleh pemandu sebuah kereta jenis Perodua Axia ketika melintas jalan.

BACA JUGA:  Polis tahan suspek pukul pemandu wanita sehingga lebam tulang rusuk
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...