Ketua Polis Perak tahan sebak umum perkembangan nahas trak FRU

KONGSI

TELUK INTAN – Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin dilihat menahan sebak ketika menyampaikan perkembangan terkini insiden menyayat hati yang meragut nyawa 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dalam satu sidang media di Hospital Teluk Intan, hari ini.

Ketika bercakap kepada media, suara Noor Hisam kedengaran hiba sewaktu memaklumkan bahawa penghormatan terakhir terhadap kesemua anggota yang terkorban akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU, Sungai Senam, Ipoh.

\”Jenazah kesemua anggota yang terkorban akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk urusan pengebumian,\” katanya dengan nada yang bergetar, sebelum terhenti seketika untuk menenangkan diri dan membetulkan suara akibat menahan sebak.

ARTIKEL BERKAITAN