Murid darjah tiga trauma lepas kena marah dengan cikgu, enggan datang sekolah

KONGSI

KUALA LUMPUR – Seorang murid perempuan tahun tiga didakwa mengalami trauma untuk hadir ke sekolah selepas diherdik dan dimalukan oleh seorang guru di hadapan khalayak ramai.

Insiden itu tular selepas ibu kepada murid terbabit memuat naik satu klip video berdurasi dua minit di akaun Instagram miliknya yang memaparkan tindakan guru tersebut bersama beberapa guru lain memarahi dan mendesak anaknya untuk ‘berkata jujur’.

Lebih mengejutkan, tangkap layar perbualan antara si ibu dan guru terbabit turut dikongsi, yang memperlihatkan hasrat si ibu untuk berbincang secara baik mengenai kejadian tersebut. Namun, mesej itu dikatakan tidak diendahkan.

ARTIKEL BERKAITAN