PM Anwar zahir ucapan tahniah kejayaan cemerlang Tunku Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan cemerlang merangkul kejuaraan dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia yang berlangsung di Litar Fuji Speedway, Jepun.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi beliau, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga.

“Kejayaan ini membanggakan bukan sahaja rakyat Johor bahkan seluruh Malaysia. Ia mencerminkan daya saing serta semangat juang tinggi dalam kalangan anak muda negara di pentas perlumbaan antarabangsa.

“Kejayaan ini juga membuktikan anak-anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia dan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya golongan belia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan meraikan kejayaan dua anakanda baginda dalam siri perlumbaan tersebut serta menzahirkan sokongan dan pujukan atas usaha mereka yang bersungguh-sungguh di litar perlumbaan.

Dalam aksi penuh dramatik itu, Tunku Abdul Rahman bersama rakan sepasukan, Ben Green, mencatat kemenangan bergaya apabila berjaya mendahului perlumbaan dari awal hingga ke garisan penamat menggunakan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R #99.

Namun, nasib kurang menyebelahi Tunku Abu Bakar yang memandu jentera #66 bersama Jordan Love apabila kehilangan kedudukan podium selepas pelanggaran di selekoh terakhir perlumbaan, sekaligus gagal menamatkan perlumbaan.

Kejayaan ini menambah lagi pencapaian membanggakan anak-anak Johor dalam arena sukan permotoran dan menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia terhadap sukan berprestij di peringkat antarabangsa.

BACA JUGA:  Peminat RXZ diingat jaga tatasusila, elak salah laku sepanjang himpunan 7.0
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...