PKBM diminta fokus pilih pasukan, bukan isu persiapan – Jefri

PETALING JAYA – Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan isu berkenaan persiapan skuad lebuh raya negara ke Sukan SEA Thailand 2025 yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak sepatutnya timbul.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat persiapan atlet ke temasya Sukan SEA yang diadakan pada Januari lalu dan kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat bahawa pasukan bagi acara lebuh raya kali ini akan dibarisi pelumba profesional.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Lebuh Raya PKBM, Azman Abu Samah memaklumkan bahawa Malaysia berisiko kehilangan pingat emas dalam acara berkenaan sekiranya pelumba daripada Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Pro Cycling (MPC) menarik diri akibat kekangan bajet.

Azman mendedahkan kedua-dua pasukan tersebut sudah memberi bayangan tidak akan menyertai temasya Sukan SEA sekiranya tuntutan kewangan mereka tidak dipenuhi oleh PKBM.

Jefri menjelaskan bahawa pihaknya telah menyalurkan sebahagian daripada peruntukan RM300,000 yang diluluskan kepada PKBM bagi tujuan persiapan ke Sukan SEA.

“Terpulang kepada pihak PKBM untuk memilih pasukan mana, sama ada TSG atau MPC untuk ke Sukan SEA nanti,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini.

“Jadi, saya rasa isu mengenai persiapan yang tidak dibuat dengan baik tidak sepatutnya timbul kerana adalah menjadi tanggungjawab PKBM untuk memilih pasukan terbaik mewakili negara,” tambahnya.

Jefri turut menjelaskan jika PKBM memilih TSG, keperluan berkaitan peralatan tidak menjadi masalah kerana pasukan itu sudah mempunyai kelengkapan lengkap yang diperlukan.

BACA JUGA:  Sukan SEA 2025: Protes pantas Malaysia bawa kejayaan Izzul Irfan raih emas
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...