Sean Paul gegar Kuala Lumpur Oktober ini

KUALA LUMPUR – Bintang global dancehall dan pemenang Anugerah Grammy, Sean Paul, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert istimewa pada 10 Oktober 2025 yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Konsert tersebut dianjurkan oleh Epic Elation dengan kerjasama Sound Innovations, Spike Productions dan LFG Entertainment, dan dijangka menjadi antara acara muzik antarabangsa paling dinanti-nantikan di Malaysia tahun ini.

Kali terakhir Sean Paul membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2018 dan kemunculan semula penyanyi berusia 52 tahun itu pastinya menggamit keterujaan peminat tempatan. Penonton boleh menjangkakan persembahan bertenaga dengan rangkaian lagu-lagu hitnya termasuk karya baharu, Ginger yang kini mencipta fenomena di pelbagai platform penstriman muzik.

“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali ke Malaysia. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu sambutan muzik, budaya dan hubungan sejagat,” kata wakil Epic Elation selaku penganjur.

Sementara itu, Sean Paul turut melahirkan rasa tidak sabar untuk bertemu semula dengan peminat di negara ini.

“Setiap kali berpeluang bertemu peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa.
“Saya paling bersemangat ingin menyampaikan single terbaharu, Ginger secara langsung. Lagu ini punya aura dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” katanya.

Tiket konsert akan mula dijual secara rasmi pada 21 Julai menerusi platform fantopia.io dan peminat dinasihatkan untuk mendapatkannya lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

BACA JUGA:  Miliki ‘deria keenam’, Olla Ramlan akui menangis di lokasi penggambaran Walid
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...