Pentas utama Tomorrowland musnah dijilat api, festival muzik tetap diteruskan

KONGSI

BOOM, BELGIUM – Salah satu festival muzik elektronik terbesar dunia, Tomorrowland, dikejutkan dengan insiden kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya pentas utamanya semalam, hanya sehari sebelum ribuan peminat dijangka hadir ke acara tahunan itu.

Bagaimanapun, penganjur mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan dan festival yang berlangsung di bandar Boom, berhampiran Antwerp, itu tetap akan diteruskan seperti dirancang.

“Tapak perkhemahan DreamVille festival itu akan dibuka seperti yang dijadualkan pada hari Khamis,” menurut kenyataan rasmi pihak penganjur.

ARTIKEL BERKAITAN