Azeem cipta sejarah, layak ‘final’ 100m

RHINE-RUHR, JERMAN — Bintang pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila berjaya melayakkan diri ke final acara 100 meter (m) lelaki di Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025.

Azeem, 21, mencatat masa 10.43 saat untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dalam separuh akhir ketiga yang berlangsung penuh dramatik selepas dua permulaan palsu dicetuskan sebelum perlumbaan dimulakan.

Pelari dari Afrika Selatan, Bayanda Walaza muncul juara separuh akhir tersebut dengan catatan 10.31 saat, manakala Dominik Illovszky dari Hungary menamatkan di tempat kedua dengan 10.32 saat.

Kejayaan ini menyaksikan Azeem kini berpeluang mencipta sejarah sebagai pelari Malaysia pertama menjejakkan kaki ke final acara pecut 100m di temasya Sukan Universiti Dunia.

Rakyat Malaysia kini menaruh harapan tinggi kepada atlet muda kelahiran Perak itu untuk mencipta kejutan dan membawa pulang pingat berprestij buat negara.

BACA JUGA:  Isi minyak sudah, pemandu santai kemas 'boot' kereta dikecam
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...