IKON WWE, Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun

NEW YORK – Dunia gusti hiburan dikejutkan dengan pemergian legenda gusti, Hulk Hogan, yang meninggal dunia pada usia 71 tahun, lapor laman berita Yahoo News.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Clearwater, Florida pada pagi Khamis (22 Julai) dan difahamkan, mendiang mengalami serangan jantung, menurut laporan laman hiburan TMZ.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh World Wrestling Entertainment (WWE), badan itu melahirkan rasa dukacita atas pemergian ikon mereka.

“WWE sedih mendapat tahu bahawa Hulk Hogan telah meninggal dunia kerana mendiang merupakan antara tokoh budaya pop paling ikonik dalam sejarah gusti. Hulk Hogan memainkan peranan penting dalam melonjakkan WWE ke pentas global sekitar tahun 1980-an,”

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan semua peminat beliau di seluruh dunia.” kata kenyataan tersebut.

Hogan dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas menjalani beberapa pembedahan besar.

Menurut Daily Star, beliau dipercayai tidak mampu bercakap dan memerlukan pemantauan perubatan di rumah selepas mengalami komplikasi serius.

Mendiang memulakan kerjayanya dalam dunia gusti pada tahun 1977 dengan nama The Super Destroyer, sebelum menukar identiti pentas kepada Hulk Hogan dan mencetuskan fenomena Hulkamania yang menjadi ikutan ramai ketika era kemuncaknya.

Antara perlawanan ikonik yang pernah dilalui termasuk menentang nama-nama besar seperti Andre The Giant dan Dwayne \’The Rock\’ Johnson.

Pemergian Hogan meninggalkan kesan mendalam kepada peminat gusti profesional di seluruh dunia, yang membesar menyaksikan aksinya di dalam gelanggang.

BACA JUGA:  Suraya Borhan tamatkan perkhidmatan di Suria FM lepas sembilan tahun
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...