Alcaraz tundukkan Sinner, julang piala Terbuka AS 2025

NEW YORK – Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila muncul juara Terbuka AS 2025 selepas menundukkan pencabar utama, Jannik Sinner, 6-2, 3-6, 6-1, 6-4 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe, awal pagi Isnin.

Perlawanan sengit itu berakhir dalam tempoh dua jam 42 minit, dengan Alcaraz mematahkan servis Sinner pada set keempat untuk menamatkan perlawanan.

Pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila melepaskan 10 ace, memenangi 83 peratus mata servis pertamanya, serta melakukan hanya 24 kesilapan tidak disengajakan.

Sinner, yang ketika ini menduduki ranking nombor satu dunia, gagal mengekalkan momentum dengan hanya mencatatkan 21 pukulan winner serta melakukan 28 kesilapan sendiri.

Kejayaan ini merupakan gelaran Grand Slam keenam buat Alcaraz, serta yang kedua pada musim ini selepas menjuarai Terbuka Perancis.

Lebih istimewa, ia juga menandakan kejuaraan keduanya di Terbuka AS selepas kali pertama bergelar juara pada 2022.

Kemenangan berprestij ini turut memastikan Alcaraz kembali merampas kedudukan nombor satu dunia, menamatkan dominasi Sinner yang bertahan di tangga teratas selama 65 minggu berturut-turut sejak September 2023.

BACA JUGA:  Harimau Malaya cemerlang, tewaskan Nepal 2-0
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...