Verstappen kuasai litar Monza, juara Grand Prix Itali

MONZA – Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen, kembali menjuarai Grand Prix Itali selepas mendominasi perlumbaan dari petak utama di Litar Autodromo Nazionale Monza, malam ini.

Kemenangan itu sekali gus melengkapkan kemenangan berganda di bumi Itali tahun ini, selepas kali terakhir Verstappen menjuarai Grand Prix di Imola pada Mei lalu.

Pelumba Belanda itu tidak langsung digugat di hadapan, manakala drama berlaku di belakangnya membabitkan dua pemandu McLaren – Oscar Piastri dan Lando Norris – yang turut bersaing merebut kejuaraan dunia.

Norris yang pada awalnya berada di kedudukan kedua terpaksa berdepan masalah teknikal apabila alat pembuka tayar di hentian pit gagal berfungsi dengan baik, menyebabkan dia kehilangan hampir enam saat dan jatuh ke belakang rakan sepasukannya, Piastri.

Bagaimanapun, selepas perbincangan strategik pasukan, Piastri akhirnya diarahkan menyerahkan semula kedudukan kepada Norris, dan akur menamatkan saingan di tempat ketiga.

Verstappen tenang melintasi garisan penamat, manakala Norris menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk mengurangkan tekanan dalam perebutan kejuaraan.

Keputusan itu menyaksikan kelebihan mata pendahulu dunia, Piastri, kini berkurang kepada 31 mata.

Kemenangan di Monza ini juga dianggap manis buat Verstappen apabila ia hadir di ‘laman’ Ferrari, sekali gus menandakan kebangkitannya dalam saingan musim 2025.

BACA JUGA:  "Aku tak nak susahkan orang", Azar Azmi sebak terima panggilan video Janna Nick
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...