Ribuan kenderaan ‘serbu’ lebuh raya sempena cuti panjang, trafik sesak menuju utara

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dilaporkan bergerak perlahan susulan pertambahan kenderaan berikutan cuti sekolah dan cuti sempena Hari Malaysia pada 16 September, selain cuti tambahan pada 15 September yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Tinjauan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 mendapati kesesakan mula dilaporkan di arah utara, antaranya dari Seberang Jaya ke Sungai Dua, Juru Auto City ke Perai, Bukit Tambun Utara ke Plaza Tol Juru, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Tapah ke Gopeng serta dari Hospital Sungai Buloh menuju ke Rawang.

PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataannya menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan aplikasi navigasi untuk mendapatkan maklumat trafik semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.

Orang ramai juga digalakkan mengisi penuh tangki minyak, memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mengambil rehat secukupnya bagi menjamin keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kampung atau destinasi percutian masing-masing.

BACA JUGA:  Restoran 'recycle' sisa makanan diarah tutup 14 hari
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...