Bung Moktar meninggal dunia

KONGSI

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan anak Allahyarham, Naim Moktar, menerusi satu hantaran di laman Facebook kira-kira pukul 2 pagi.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2026, pukul 1.46 pagi. Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN