Enggan hisap rokok, pelajar tingkatan satu dicucuh puntung dekat dada oleh ‘senior’

KONGSI

BENTONG – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah berasrama di Bentong dipercayai dicucuh dengan puntung rokok di bahagian dada oleh pelajar tingkatan lima selepas enggan menghisap rokok dalam kejadian yang berlaku di asrama sekolah berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 13 tahun mengalami kecederaan melecur dan telah dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian tersebut semalam sebelum menahan suspek di asrama sekolah berkenaan pada petang hari sama bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN