Buruh maut ditindih pengorek besi jengkaut

KONGSI

TUMPAT – Seorang buruh maut selepas ditindih bahagian pengorek besi jengkaut ketika menjalankan kerja memasang longkang di jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada organ dalaman.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang longkang di tepi jalan menghala ke Pantai Geting.

ARTIKEL BERKAITAN